Monday 9 April 2012

Pelaksanaan Program NILAM

FUNGSI PUSAT SUMBER SEKOLAH

  • Menyediakan peluang murid mengembangkan kemahiran pembelajaran kendiri.
  • Membolehkan guru dan murid mendapatkan bahan yang dimiliki oleh sekolah yang berkaitan dengan bidang masing-masing.
  • Menyediakan kemudahan untuk menyokong aktiviti pembelajaran.
  • Menggalakkan dan mempromosikan aktiviti membaca dan kemahiran mencari maklumat.
  • Mengenal pasti dan menyediakan koleksi bahan untuk keperluan kurikulum dan ko-kurikulum.
  • Merupakan tempat bahan pengajaran-pembelajaran.

DEFINISI PUSAT SUMBER SEKOLAH

  • Menyediakan maklumat perkhidmatan dan peluang bagi memperkukuhkan pengajaran pembelajaran untuk penguasaan kemahiran asas serta kemahiran maklumat pendidikan ke arah pembentukan masyarakat berbudaya ilmu, gemar membaca dan berkemahiran belajar sepanjang hayat.
  • Adalah sebuah tempat yang menyediakan kemudahan serta koleksi bahan pengajaran dan pembelajaran yang diurus secara sistematik.
  • Adalah pengembangan dari perpustakaan sekolah sebagai tempat untuk koleksi bahan cetak.